Monday, 24 October 2016

Life In KTAC

LIFE IN KTAC

Hai! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera n_n 

Pada kali ini kami ingin berkongsi kisah dan sama erti dengannya tentang kehidupan di tempat belajar kami iaitu di KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS(KTAC). Sebelum kami menceritakan tentang kisah kehidupan kami di KTAC, kami hendak menceritakan serba sedikit tentang kolej kami ini.

Menariknya tentang kolej kami ini terletak di tengah bandar. Jadi, yang sukakan pemandangan bangunan-bangunan boleh lah di sini dan secara tidak langsung juga, banyak kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya, pengangkutan macam bas dan teksi senang dapat, LRT pun dekat, dan terdapat medan selera yg berhampiran dengan kolej.